Pada asalnya logo ini di bentukkan dari 'V', daripada masa sejumlah besar ensen dan Perkhidmatan Haiwan diunsurkan. Salah satu lengan pada V itu menyerupai huruf 'M' dan diwarnakan merah, Lengan yang satu lagi itu berlatarkan warna biru dan mempunyai sisi dalaman yang jelas dan terang. Sementara separuhan luar lengan itu ditompokkan dengan segiempat-segiempat dalam beberapa warna yang mana juga kesemuanya memberi bentuk terbuka kepada sisi berkenaan
Empat warna yang digunakan (merah, biru, putih dan kuning) adalah untuk memperingatkan warna bendera Malaysia
Penjelasan
Huruf 'V' itu adalah lebih dari untuk mengutarakan perkataan 'veterinar'. Malah ianya melambangkan suatu perkhidmatan yang mempunyai visi dan vitaliti serta bersifat versatil dalam semua bidang pendekatan dan kegiatan berhubung dengan objektif-objektif Jabatan, sumbangannya kepada keunggulan profesional, kesejahteraan hidup masyarakat dan pembangunan negara
Apabila huruf 'M' iaitu diserlahkan dengan 'V' untuk menjadikan 'VM'. maka ianya memberi makna Veterinar Malaysia, iaitu nama alternatif kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Veterinary Medicine (Perubahan Veterinar), iaitu salah satu bidang liputan dan tanggungjawab terbesar Jabatan
Kepala panah berwarna biru disebelah kiri menunjukkan pergerakan yang berterusan dan mengikuti arah kehadapan yang terancang. Petak-petak segiempat berwarna biru, putih dan kuning menandai pola-pola dalam memori yang tidak mempunyai akhiran. ianya juga membawa maksud kreativiti dan inovasi yang terbuka luas ke arah memajukan sains veterinar dan bioteknologi masa depan
Warna-warna bendera menajakan sikap patriotisme yang digembelingkan dengan usaha ikhlas serta bersungguh-sungguh untuk membawa maruah dan prestej kepada Bangsa dan Negara Malaysia
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta | Peta Laman | Soalan Lazim Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.