Perutusan Pengarah


بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh / Salam Kegemilangan

Alhamdulillah dan kesyukuran kepada Nya, diatas taufiq dan hidayah yang dikurniakan membolehkan semua warga JPV Perlis dengan semangat berpasukan diamalkan oleh dari memberi khidmat perancangan terbaik kepada semua pelanggan Jabatan sehinggalah kepada pembentukan laman web Jabatan. Ia selaras dengan hasrat kerajaan dalam mencapai status Negeri Maju dan Kerajaan Elektronik ( E-Government ) disamping pengwujudan masyarakat berinformatif. Pada masa yang sama juga JPV Perlis telah menambahbaik proses kerja dan sistem penyampaian demi untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
Jayakan Perkhidmatan yang Berkualiti dan Dinamik adalah perkara yang sentiasa menjadi tunggak utama JPV Perlis semenjak penubuhannya lebih 30 tahun lalu. Pendekatan seperti memperbaiki dan menaiktaraf laman web jabatan adalah salah satu perkara penting supaya maklumat perancangan yang lengkap dan kemaskini dapat dicapai oleh semua pelanggan Jabatan. Ia merupakan media perantara penting dalam penyebaran maklumat dan komunikasi bagi Jabatan dengan para pelanggan.

Justeru itu atas kesedaran itu, adalah diharap laman web JPV Perlis, akan dapat membantu semua pelanggan Jabatan dalam mengenali jabatan ini tentang fungsi dan perkhidmatan jabatan ini khususnya dalam Bahagian Kesihatan Veterinar dan Bahagian Pembangunan dan Industri Ternakan khususnya.

DR. ZAWIDA BINTI ZAHARI

Pengarah

Jabatan Perhidmatan Veterinar Negeri Perlis

Bancian Portal Rasmi

Bagaimana anda menilai Portal Rasmi kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis, KM 3 Jalan Utan Aji, 01000 Kangar
  • (+60) 04 9792600
  • (+60) 049764531
  • DVSPerlis
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta | Peta Laman | Soalan Lazim
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.

Top