Sejarah
SEJARAH PENUBAHAN JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR
NEGERI PERLIS
NEGERI PERLIS
Jabatan Perkhidmatan Perkhidmatan Veterinar telah ditubuhkan seawal tahun 1888 lagi di Pulau Pinang dengan penempatan doktor veterinar bertauliah di Jabatan Perubatan. Pada masa itu tugas utama doktor veterinar ialah melindungi Pulau Pinang dari penyakit bawaan haiwan yang diimport ketika itu maka sebuah pusat kuarantin telah dibina pada tahun 1896 dan pusat ini merupakan pusat kuarantin yang pertama di Malaysia.
Jabatan Perkihdmatan Veterinar mula berkembang di negeri -negeri lain dengan pewujudan cawangan veterinar di Jabatan Perubatan dengan penempatan doktor veterinar dan pemeriksa veterinar. Semua Perkhidmatan Veterinar berada dibawah bidang kuasa pegawai perubatan yang berpusat di Singapura sehingga tahun 1930.
Pada tahun 1941 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis mula beroperasi dibawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah. Pada waktu itu Jabatan menumpang di Pejabat Majlis Pembandaran Kangar (kini menjadi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis).
Pada tahun 1956 Jabatan ini telah berpindah ke Bangunan Pintu Utama Penjara di Jalan Penjara Kangar, Pada awal tahun 1963 bangunan baru Jabatan ini dibina di KM3 Jalan Raja Syed Alwi Kangar, Pejabat ini mula beroperasi pada akhir tahun 1965 dengan 2 bangunan setingkat dan 22 orang kakitangan.
Pada 8hb Ogos 1965, pejabat baru ini dirasmikan oleh kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Raja Perlis, Pada tahun 1969. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Cawangan Arau telah dibuka dengan rasmi dan pada tahun 1971 Cawangan Kaki Bukit pula beroperasi dengan rasmi. Pada masa itu tugas utama pegawaiyang dilantik ialah mengawal wabak penyakit haiwan (EPIDERMIC). Disamping itu satu unit Veterinary Police Force telah ditubuhkan di Jabatan Polis dibawah kawalan Ketua Polis Negeri. Unit ini juga ditugaskan untuk memusnahkan anjing-anjing liar dalam usaha menghapuskan penyakit anjing gila dan mata-mata untuk melaporkan sebarang kejadian penyakit haiwan. walaubagaimanapun unit ini kemudiannya dimansuhkan dan digantikan dengan atenden haiwan.
Pada 16 November 1957, Allahyarham En Johari Daud (Tan Sri Dato) telah dilantik menjadi anak watan pertama menerajui Jabatan selepas kemerdekaan negara peranan serta fungsi Jabatan telah diperluaskan demi memenuhi aspirasi rakyat dalam sebuah negara merdeka sebagaimana termaktud dalam Perlembagaan Malaysia.
Selepas penubuhannya terbukti dengan kemajuan industri ternakan haiwan yang berkembang pesat dan menjadi semakin penting ketika ini, industri penternakan ini telah berjaya dimajukan dari perusahaan secara kecil-kecilan (smallhorde belakang rumah (backyard farming) kepada sistem penternakan bersekala besar. Tranformasi perusahaan ini berterusan kepada skala separa komersial dan komersial demi mencapai tahap pengeluaran yang lebih kompentetif.
Selari dengan kemajuan peradaban manusia kini isu makanan ketika ini hanya sekadar isu untuk mengalas perut sahaja tetapi sebagai jaminan kesihatan keselamatan ketersedian pasaran dan boleh capai atau diperolehi oleh setiap individu. Isu makanan yang di mainkan semakin mencabar dimana ia memerlukan perhatian yang lebih serius dari setiap warga Jabatan ini.
Selain daripada itu perkara utama yang perlu diambil perhatian adalah penambahan populasi maknusia yang semakin meningkat didalam ruang yang tidak bertambah memberikan tekanan yang serius kepada bidang pertanian dan penternakan. Didalam ruang terhad dan semakin terhakis ini penternakan dan pertanian perlu mempertimbangkan hasil untuk kegunaan pengguna.
Keadaan ini akan menyebabkan jurang pemisah diantara populasi maknusia dengan haiwan dan ternakan menjadi semakin kecil. Pekongsian ruang untuk meneruskan kehidupan adalah perkara biasa bagi negara dengan kepadatan penduduk yang tinggi. Contoh yang jelas dalam perkongsian ruang ini adalah haiwan kesayangan seperti anjing, kucing, kuda dan haiwan eksotik yang lain. Haiwan ternakan untuk makanan seperti ayam, lembu, kerbau dan kambing telah semakin hampir dengan persempadanan maknusia.
Sehubungan dengan itu kerjaya veterinar bukan lagi sekadar memastikan bahan makanan hasilan ternakan haiwan selamat dan cukup untuk kegunaan maknusia tetapi juga ternakan haiwan tersebut perlu selamat dalam interaksi dengan maknusia.
Lanjutan dari itu Jabatan ini telah diberikan mandat serta arahan dari kerajaan untuk:
i. Memperkasa dan mengekalkan status kesihatan haiwan yang diyakini lagi konduksif untuk industri ternakan
ii. Memastikan kesihatan awam melalui kawalan penyakit berjangkit ternakan ke maknusia bagi penghasilan makanan berasaskan haiwan yang bersih dan selamat
iii. Memastikan kesihatan awam melalui kawalan penyakit berjangkit haiwan-maknusia bagi interaksi selamat haiwan-maknusia
iv. Menggalakkan pengeluaran ternakan mampan dan industri tambah nilai
v. Meneroka, membangun dan menggalakkan pengguna anteknologi dan sumber secara optimum dalam industri berasaskan haiwan
vi. Menganjurkan amalan kebajikan haiwan dalam semua aspek pemeliharaan dan sistem pengeluaran
Sejajar dengan itu skop tanggungjawab Jabatan ini juga telah diperluaskan bagi memperuntukkan kuasa yang cukup dari segi perundangan untuk menangani isu-isu dan tanggungjawab tersebut. Peruntukan perundangan dan peraturan yang diwartakan tersebut memerlukan penerafan pegawai dan kakitangan sokongan didalam sebarang perlaksanaan bagi menjaga kepentingan semua pihak terutama orang awam atau pengguna.
Merujuk kepada perubahan budaya semasa tersebut agenda memajukan Jabatan ini perlu dilaksanakan segera bukan sekadar memastikan ia relevan kepada tranformasi sektor veterinar menjadi salah satu industri utama negara tetapi juga bagi memastikan keupayaan makanan dan kesejahteraan kesihatan rakyat terjamin dan selamat. Perkara ini adalah antara beberapa keutamaan yang diberi perhatian oleh negara-negara maju bagi mewujudkan sesebuah negara yang stabil.
Berikut merupakan senarai nama-nama pegawai/pengarah yang pernah memimpin Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis dari Tahun 1957 hingga kini :
| Bil | Nama Pengarah | Tahun |
| 1 | En Johari Bin Daud | 1957-1965 |
| 2 | Dr Jaafar Khan Bin Ahmad Khan | 1965-1973 |
| 3 | Dr Hawari Bin Hussien | 1973-1978 |
| 4 | Dr Matta Bin Abd Rahman | 1978-1981 |
| 5 | Dr Ahmad Suhaimi Bin Omar | 1981-1983 |
| 6 | Dr Abd Rashid Bin Hussien | 1983-1985 |
| 7 | Dr Mohd Azmie Bin Zakaria | 1985-1990 |
| 8 | Dr Mohd Ashraf Bin Abd Rahman | 1990-1992 |
| 9 | Dr Abd Majid Bin Man | 1992-1995 |
| 10 | Dr Johari Bin Mingan | 1995-2007 |
| 11 | Dr Tariq Bin Jaafar | 2007-2009 |
| 12 | Dr Nur Hardy Bin Abu Daud | 2009-2011 |
| 13 | Dr Redzuan Bin Ibrahim | 2011-2014 |
| 14 | Dr Shaharul Akmar Bin Talib | 2014-2016 |
| 15 | Dr Arman Bin Kison | 2016-2018 |
| 16 | Dr Zulkifli Bin Ahmad | 2018-2021 |
| 17 | Dr Adam Abdullah Kwan | 2021-Hingga Kini |