Program Kesedaran Rabies di Negeri Perlis

26 September 2024 | Perlis

YBrs. Dr. Akma binti Ngah Hamid, Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar hari ini menghadiri Program Kesedaran Rabies di Negeri Perlis.

Katanya, program tersebut adalah salah satu usaha penting dalam memastikan keselamatan kesihatan awam, khususnya dalam usaha kita menangani dan membasmi ancaman rabies di negara ini.

Rabies, seperti yang kita ketahui, merupakan satu penyakit zoonotik yang amat berbahaya dan sekiranya tiada tindakan rawatan atau kawalan yang segera, penyakit ini boleh membawa maut dan seluruh Negeri Perlis merupakan kawasan immune-belt, di mana program-program kawalan penyakit Rabies dilaksanakan dengan berterusan.

Tambah YBrs. Dr. Akma, Jabatan Perkhidmatan Veterinar komited dalam melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk program pemvaksinan anjing, penguatkuasaan pelesenaan anjing bertuan, serta kempen kesedaran secara berterusan. Namun begitu, usaha ini tidak akan berjaya tanpa kerjasama daripada seluruh lapisan masyarakat, termasuk pemilik haiwan, NGO, agensi-agensi kerajaan malah kerajaan negeri.

"Bagi pemilik haiwan, tanggungjawab andaamatlah besar. Pemberian vaksin secaraberkala adalah langkah utama untuk memastikan haiwan peliharaan anda bebas daripada penyakit rabies. Selain itu, masyarakat juga perlu berhati-hati dan segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya terkena gigitan haiwan, lebih-lebih lagi jika gigitan tersebut melibatkan anjing liar yang tidak diketahui status kesihatannya", katanya lagi.

Hadir sama YAB Tuan Mohd Shukri Ramli, Menteri Besar Perlis, YB Tuan Haji Razali Bin Saad, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, YBrs. Dr. Zawida binti Zahari Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis, ketua-ketua Jabatan dan wakil-wakil NGO.

Sumber : Facebook Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis



      
 
 
 

Bancian Portal Rasmi

Bagaimana anda menilai Portal Rasmi kami?

Hubungi Kami

Anda ingin memberi maklum balas atau menyampaikan aduan? Hubungi kami.

  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis, KM 3 Jalan Utan Aji, 01000 Kangar
  • (+60) 04 9792600
  • (+60) 049764531
  • DVSPerlis
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Hak Cipta | Peta Laman | Soalan Lazim
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini. Paparan terbaik gunakan Google Chrome atau Mozilla Firefox pada resolusi 1024x768 pixel.

Top